CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 4, 2010

Erti sebuah kerinduan...


Luluh rasa hati ni tatkala terpandangkan gambar tilam n kain kafan arwah eisya...ni la kali pertama mummy tgk gambar ni..terdetik di hati mummy nk tgk blog anjang..tiba2 ternampak gambar tilam yg mmg mummy sedia maklum tilam yg mummy bli utk eisya..spai skrg mummy akan terpaku bila mummy terpandang tilam ni bila mummy buka almari dlm blk mummy...hancur rasa hati ni bila terpandangkan gambar ni..ni la tilam yang digunakan untuk kafankan eisya..tilam ni la yg menerima jasad eisya pd pg hari jumaat bersamaan 2 julai 2010..bila tengok gambar ni mummy terbayangkan eisya terbaring kat atas tilam tu..mummy jd sedih bila mummy terbayangkan jasad kaku dan lembik eisya atas tilam tu...mummy jadi rindu saat mummy terpandangkan gambar ni..lebih2 lagi bila mummy terbayangkan eisya tersenyum memandang mummy sambil merenget manja di atas tilam ni...Eisya..mummy rindu sgt kat eisya..datang la dlm mimpi mummy..mummy nak sgt jpe eisya..mummy tahu eisya sedang berbahagia di sana sekarang..eisya dikelilingi kawan2 yang semua tentunya baik2 shj dgn eisya..mesti eisya sedang leka bermain dgn kawan2 eisya sampai eisya terlupa pada mummy ngan daddy...Eisya mummy rindu sgt kat eisya..tak tertahan rasa menanggung kerinduan yang tak berpenghujung ni...redakan lah kerinduan mummy ni sayang...reda kn kemarau kerinduan mummy ni sayang...rindu mummy pada eisya berlainan dengan rindu mummy pada daddy..walaupun mummy rindu pada kedua2nya tapi mummy tahu rindu mummy pada daddy akan terubat bila mummy berjumpa dgn daddy nanti..tapi rindu mummy pada eisya akan terubat ke?itu la bezanya rindu mummy pada kedua2 orang yg mummy sayang..rindu yang berpanjangan dan tak berkesudahan pada eisya...rindu yang membuatkan mummy bersedih..rindu pada daddy membuatkan mummy tak sabar utk berjumpa dgnnya...

Sayangku Eisya...damailah engkau disana...
Al-fatihah untuk bidadari syurgaku...

No comments:

Post a Comment