CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 2, 2010

Eisya datang dalam mimpiku..

Dah lame tak post pape kat blog ni...byk benda yang berlaku dalam 2 minggu ni...bukan mummy tak rindu kat eisya..rindu sangat...tiap2 mlm mummy peluk kain batik eisya..setiap apa yang mummy lakukan mesti mummy bercakap dengan eisya dalam hati..contohnya bila mummy dah sampai sekolah mesti mummy cakap kat eisya "sayang,mummy dah sampai sekolah...ni la sekolah mummy.." atau pun bila mummy nak masak mesti mummy cakap kat eisya "mummy nak masak ni.."..hehehe..tapi tu sume dalam hati je...nak ckp betul2 nanti orang ingat mummy ni tak betul plak..nanti orang ingat mummy sakit...tapi bila mummy duduk sorang2 dalam bilik mummy cakap betul2 kan dgn eisya..bila mummy rindu kat eisya atau daddy mesti mummy cakap mummy rindu sangat kat eisya..kat daddy...mummy suruh eisya sampaikan rindu mummy pada daddy...eisya dengar tak?eisya sampaikan tak rindu mummy pada daddy?

Eisya,
Time kasih sebab eisya hadir dalam mimpi mummy minggu lepas...dalam mimpi tu eisya,daddy n mummy pergi jalan2 kat taman..masa tu eisya baru je pandai jalan..kat taman tu banyak sangat bunga warna putih dan pink..mummy dgn daddy jalan sambil pimpin tangan eisya..tiba2 eisya nangis..daddy marah mummy..daddy cakap mummy tak pandai jaga eisya..daddy cakap lain kali nak tengok eisya wat videocall je..mummy sedih bila daddy marah,pastu mummy pun kutip bunga yang warna putih dan pink..bunga tu cantik sangat..mummy tak pernak nampak sebelum ni..dia macam bunga kemboja tapi kelopak dia panjang..mummy bagi kat eisya..eisya tak nak...eisya nangis lagi...mummy pun tiup kelopak bunga tu kuat2..kelopak bunga tu berterbangan...cantik...eisya pun gelak...cantik eisya gelak..bertambah cantik bila masa tu eisya pakai gaun putih dengan reben bunga putih kat kepala..masa tu mummy pun gelak...mummy senyum kat daddy..pastu tiba2 mummy terjaga dari tido..mummy tengok jam pukul 4 lbh...mummy tersenyum je bila tersedar...mummy dapat rasa lagi perasaan gembira mummy masa jumpa eisya dalam mimmpi..terima kasih sayang sebab sudi hadir dalam mimmpi mummy...terubat rindu mummy pada eisya..

Ni mummy baru je tukar design template yang baru sempena pemergian eisya 100 hari 9.10.2010..tu kalau ikut tarikh eisya dilahirkan..klu ikut tarikh sebenar eisya meninggal,100 hari pada 29.09.2010 yang lepas...mummy harap eisya suka..

k la eisya..mummy nak g makan..lapar plak perut ni...cium sayang dari mummy....mmmmmmmmmmuuuuuuuuaaaaaaahhhhhhh....

*bila la aku dapat sambung balik cerita bidadari syurga tu...masih mencari peluang yang baik..

No comments:

Post a Comment