CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 13, 2010

saat yang menggembirakan..

TAHNIAH

Permohonan pertukaran ke Pahang diluluskan.
Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri.
Sila pastikan anda telah menerima surat kelulusan pertukaran dari 
Jabatan yang berkaitan sebelum melaporkan diri di sekolah baru.

Aku baca ayat kat atas ni mcm bait2 puisi yang indah bg aku...sungguh indah di hatiku...akhirnya penantian ku dengan penuh kesabaran akhirnya berbalas juga..terasa diri ini begitu kerdil...ku sangkakan mendung kelabu sentiasa berarak memenuhi ruang angkasa hidup ku..rupa2nya terbit jua pelangi yang indah...sungguh indah kurasakan...Ahamdulillah..ku bersyukur padaMU YaAllah...Engkau Maha Mendengar...Engkau Maha Mengetahui setiap yang terbaik untuk nambaMu yang kerdil ini...

Monday, October 11, 2010

33 Petua dan Tips Kuruskan Badan Tanpa Ubat

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Friday, October 8, 2010

Petua Anak Pintar

Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.
 PETUA ORANG2 TUA

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, al-inshirah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba..... 

Kesan Zikir Kepada Otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang rendah kepentingan berzikir dan mengabaikannya

AL-LATIF (MAHA LEMBUT)

YA LATIF


Jika seorng yang miskin,kesepian dan merana membaca asma ini sebanyak 100 kali selepas solat sunat dua rakaat, nescaya Allah s.w.t akan memenuhi keinginannya.

Asma ini memiliki keistimewaan berbanding asma lain. Ia mendekatkan pada hasil dan mempercepatkan pengaruh,memiliki pengaruh yang besar untuk menghilangkan semua kesakitan,penyakit dan kesulitan. seseorng yang membacanya ketika ditimpa bencana,kesusahan dan kesedihan, maka dia memperolehi keselamatan,kebahagiaan, keamanan dan keyakinana..

Sahabat sekalian,marilah kita sama2 amalkan asma ini..

100 hari eisya tinggalkan mummy dan daddy..

pagi tadi mummy bangun mummy rasa sedih tiba2..mummy terfikir kenapa tiba2 ada perasaan mcm ni?oohh...rupa2nya hari ni hari ke-100 eisya tinggalkan mummy..mummy telefon daddy bgtau..mummy nangis..daddy pujuk mummy..daddy suruh mummy bersabar byk2 sbb skrg mummy tak blh bersedih sgt...jiwa dan badan mummy masih lagi lemah...byk kesan buruk akan berlaku nanti...daddy minta mummy jgn bersedih..nanti daddy lagi risau..kesian daddy..daddy takut perkara buruk berlaku pada mummy..dia jauh untuk jaga mummy..mummy faham perasaan daddy..mummy pun pasang zikir munajat kat laptop..mummy ikut berzikir untuk tenangkan hati mummy...mummy sedih sbb mummy xdpt nk buat tahlil utk eisya sbb xde ms yang sesuai lg..hidup berjauhan mcm ni payah utk merancang sesuatu..mummy jgk tak dapat nk bacakan yassin untuk eisya harini sbb mummy tgh 'cuti' skrg..tu yg buat mummy lg sedih..mummy harap eisya faham situasi mummy dan daddy..bukan mummy dan daddy lupakan eisya...kami sentiasa rindukan eisya..eisya sentiasa di hati kami..maafkan mummy dan daddy sayang...kami sayang kan eisya...

Al-fatihah untuk bidadari syurga kami...

Wednesday, October 6, 2010

berhenti berblog sementara waktu..

Buat masa skrg dipaksa berhenti berblog buat sementara waktu...demi untuk memulihkan semangat dan kekuatan ku yang hilang setelah pemergian anakanda tercinta...arahan dari bigboss...dia tak nak aku berada dalam kesedihan...dia nk aku lupakan kesedihan..dia tak nak aku meluahkan perasaan sedih dan rindu aku kat mana2 @ kat siapa2 buat masa sekarang kerana aku dalam proses pemulihan...proses pemulihan semangat dan mengelakkan dari gangguan yang sering berlaku dalam diri aku sejak akhir2 ini..aku diminta berhenti untuk memikirkan @ menyebut @ bercerita segala kejadian yang aku alami baru2 ini..kerana menurut orang yang dirujuk,gangguan yang aku alami ada kaitan dengan semangat aku yang lemah sekarang dan aku mudah diganggu oleh makhluk2 tertentu..
Tapi eisya ini tak bermaksud mummy perlu lupakan eisya...eisya tetap di hati mummy n daddy....kami tak kan lupakan eisya selagi kami masih bernafas..mummy tetap rindukan eisya walaupun suatu hari nanti mummy dikurniakan pengganti eisya..
miss u so much sayang.....

Monday, October 4, 2010

Erti sebuah kerinduan...


Luluh rasa hati ni tatkala terpandangkan gambar tilam n kain kafan arwah eisya...ni la kali pertama mummy tgk gambar ni..terdetik di hati mummy nk tgk blog anjang..tiba2 ternampak gambar tilam yg mmg mummy sedia maklum tilam yg mummy bli utk eisya..spai skrg mummy akan terpaku bila mummy terpandang tilam ni bila mummy buka almari dlm blk mummy...hancur rasa hati ni bila terpandangkan gambar ni..ni la tilam yang digunakan untuk kafankan eisya..tilam ni la yg menerima jasad eisya pd pg hari jumaat bersamaan 2 julai 2010..bila tengok gambar ni mummy terbayangkan eisya terbaring kat atas tilam tu..mummy jd sedih bila mummy terbayangkan jasad kaku dan lembik eisya atas tilam tu...mummy jadi rindu saat mummy terpandangkan gambar ni..lebih2 lagi bila mummy terbayangkan eisya tersenyum memandang mummy sambil merenget manja di atas tilam ni...Eisya..mummy rindu sgt kat eisya..datang la dlm mimpi mummy..mummy nak sgt jpe eisya..mummy tahu eisya sedang berbahagia di sana sekarang..eisya dikelilingi kawan2 yang semua tentunya baik2 shj dgn eisya..mesti eisya sedang leka bermain dgn kawan2 eisya sampai eisya terlupa pada mummy ngan daddy...Eisya mummy rindu sgt kat eisya..tak tertahan rasa menanggung kerinduan yang tak berpenghujung ni...redakan lah kerinduan mummy ni sayang...reda kn kemarau kerinduan mummy ni sayang...rindu mummy pada eisya berlainan dengan rindu mummy pada daddy..walaupun mummy rindu pada kedua2nya tapi mummy tahu rindu mummy pada daddy akan terubat bila mummy berjumpa dgn daddy nanti..tapi rindu mummy pada eisya akan terubat ke?itu la bezanya rindu mummy pada kedua2 orang yg mummy sayang..rindu yang berpanjangan dan tak berkesudahan pada eisya...rindu yang membuatkan mummy bersedih..rindu pada daddy membuatkan mummy tak sabar utk berjumpa dgnnya...

Sayangku Eisya...damailah engkau disana...
Al-fatihah untuk bidadari syurgaku...

Saturday, October 2, 2010

Eisya datang dalam mimpiku..

Dah lame tak post pape kat blog ni...byk benda yang berlaku dalam 2 minggu ni...bukan mummy tak rindu kat eisya..rindu sangat...tiap2 mlm mummy peluk kain batik eisya..setiap apa yang mummy lakukan mesti mummy bercakap dengan eisya dalam hati..contohnya bila mummy dah sampai sekolah mesti mummy cakap kat eisya "sayang,mummy dah sampai sekolah...ni la sekolah mummy.." atau pun bila mummy nak masak mesti mummy cakap kat eisya "mummy nak masak ni.."..hehehe..tapi tu sume dalam hati je...nak ckp betul2 nanti orang ingat mummy ni tak betul plak..nanti orang ingat mummy sakit...tapi bila mummy duduk sorang2 dalam bilik mummy cakap betul2 kan dgn eisya..bila mummy rindu kat eisya atau daddy mesti mummy cakap mummy rindu sangat kat eisya..kat daddy...mummy suruh eisya sampaikan rindu mummy pada daddy...eisya dengar tak?eisya sampaikan tak rindu mummy pada daddy?

Eisya,
Time kasih sebab eisya hadir dalam mimpi mummy minggu lepas...dalam mimpi tu eisya,daddy n mummy pergi jalan2 kat taman..masa tu eisya baru je pandai jalan..kat taman tu banyak sangat bunga warna putih dan pink..mummy dgn daddy jalan sambil pimpin tangan eisya..tiba2 eisya nangis..daddy marah mummy..daddy cakap mummy tak pandai jaga eisya..daddy cakap lain kali nak tengok eisya wat videocall je..mummy sedih bila daddy marah,pastu mummy pun kutip bunga yang warna putih dan pink..bunga tu cantik sangat..mummy tak pernak nampak sebelum ni..dia macam bunga kemboja tapi kelopak dia panjang..mummy bagi kat eisya..eisya tak nak...eisya nangis lagi...mummy pun tiup kelopak bunga tu kuat2..kelopak bunga tu berterbangan...cantik...eisya pun gelak...cantik eisya gelak..bertambah cantik bila masa tu eisya pakai gaun putih dengan reben bunga putih kat kepala..masa tu mummy pun gelak...mummy senyum kat daddy..pastu tiba2 mummy terjaga dari tido..mummy tengok jam pukul 4 lbh...mummy tersenyum je bila tersedar...mummy dapat rasa lagi perasaan gembira mummy masa jumpa eisya dalam mimmpi..terima kasih sayang sebab sudi hadir dalam mimmpi mummy...terubat rindu mummy pada eisya..

Ni mummy baru je tukar design template yang baru sempena pemergian eisya 100 hari 9.10.2010..tu kalau ikut tarikh eisya dilahirkan..klu ikut tarikh sebenar eisya meninggal,100 hari pada 29.09.2010 yang lepas...mummy harap eisya suka..

k la eisya..mummy nak g makan..lapar plak perut ni...cium sayang dari mummy....mmmmmmmmmmuuuuuuuuaaaaaaahhhhhhh....

*bila la aku dapat sambung balik cerita bidadari syurga tu...masih mencari peluang yang baik..

Sunday, September 19, 2010

1st day kat sibu setelah 2 bln bercuti

malam tadi sampai airport sibu kol 9.15 mlm..uncle teksi dah tunggu..terus naik teksi..kebetulan masa tengah tunggu nak naik kapal terjumpa housemate, aliya..tak sangka plak..jadi naik teksi dengan dia..sampai je rumah tengok 2 orang lagi housemate tengah tengok tv..bila masuk rumah tu rasa lain je..mayb sebab lama sangat tinggalkan umah ni...naik tingkat atas sebab bilik aku kat tingkat atas..cepat2 aku letak beg sebab dari dalam flight lagi aku nak terkucil...masa nak masuk toilet tu terkedu aku tengok dalam bakul baju kotor aku kat tepi toilet tu ada baju preggy yang aku pakai sebelum n semasa bb aku meninggal..tak sempat nak basuh..macamana aku nak basuh nanti..nak jemur..huhuhu..kena kuatkan semangat...pastu bila masuk bilik nampak plak baju2 preggy yang tersangkut kat almari..ada baju yang tak sempat pakai pun...jap lagi la aku kemas sume abaju tu..simpan dalam kotak..tapi kadang2 aku rasa pelik dengan perasaan aku ni..bila aku tengok lama2 baju tu rasa macam tak sabar nak simpan...kadang2 rasa biar je la baju tu kat situ...huhuhu..apalah perasaan aku ni...
masa kat sekolah tadi plak blurr je..rasa macam baru posting plak..tak tahu nak ajar ape..kosong je dalam otak ni...masa masuk dalam bilik pemulihan tiba2 je rasa sedih sangat sebab teringat kenangan masa mengandung dulu..teringat masa tengah marah giler2 kat anak murid tiba2 bb duk tendang menendang dalm perut..mesti dia tak bagi mummy dia marah2...tu la tendangan yang paling kuat masa mengandung dulu...huhuhu..k lah nak g simpan baju2 preggy..makin lama dipandang makin menjerut hatiku..

Friday, September 17, 2010

BAIK2 SAYANG...

ni lagu feberet mummy bila mummy rindu sangat kat eisya...mummy tujukan lagu ni buat eisya...

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu 
 Yang aku ingin arti hadir diriku
  kan menghapus dukamu sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

chorus:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu
Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

chorus:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

chorus:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

lagu feberet aku bila dalam kesedihan mengenangkan arwah eisya..

YA ALLAH-WALI BAND
 
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

Thursday, September 16, 2010

Pakaian pertama eisya..


kain batik lepas

Sayang...
sayang ingat tak kain batik ni?
kain batik ni lah yang mummy peluk tiap2 malam...
tak pernah mummy tinggalkan walau ke mana mummy pergi...
sayang ingat tak?
kain ni la pakaian eisya yang pertama sejurus eisya dilahirkan...
sebelum kain putih yang menutupi tubuh kecilmu sebelum eisya dihantar ke taman raudhah eisya yang damai tu...
 bukan baju bayi yang cantik2 yang menyambut kelahiran mu sayang...
hanya sehelai kain batik berwarna merah...
semerah cinta mummy pada eisya...
semerah kasih mummy pada mu sayang...
semerah darah mummy semasa mummy lahirkan jasadmu yang dah tak bernyawa...
eisya nak tahu tak...
mummy sedih sangat masa mummy tengok kawan sebelah katil mummy nak bersalin...
mummy sedih masa di sakit nak lahirkan anak dia nurse suruh dia sediakan baju bb,kain lampin dan pampers...
masa mummy dengar mummy terkedu...
mummy teringatkan diri mummy...
nanti bila mummy sakit nak bersalin nurse tu akan suruh mumy sedia kan baju, lampin n pampers jugak ker?
hati mummy jadi pilu...
hati mummy jadi sayu..
bila terkenangkan tu...
serta merta mata mummy keluarkan air hangat...
air kepiluan...
air kesayuan...
air kekesalan...
tak ade sape pun yang faham perasaan mummy masa tu...
mummy nangis seorang diri...
lantas mummy buka loker ditepi katil mummy...
mummy tercari2 baju bb...
mummy tercari2 lampin bb...
mummy tercari2 pampers bb...
tapi mummy hampa...
yang mummy terjumpa hanyalah sehelai kain batik berwarna merah...
kain batik yang tok bawa pagi tadi masa datang melawat mummy...
tok cakap ni kain batik untuk balut eisya nanti...
mummy hampir menangis masa tu..
tapi mummy tahan...
mummy tak kan menangis depan tok...
nanti tok lagi sedih...
tapi kenapa mummy terlupa tadi bila mummy nampak kawan mummy keluarkan baju bb...
lampin bb...
pampers bb...
kenapa mummy tercari2 benda tu semua dalam beg pakaian mummy?
mummy macam tak dapat nak terima semua suratan ni...
sedangkan mummy tau eisya dah takde...
mummy tahu eisya dah pergi tinggalkan mummy...
mummy tahu mummy tak sempat pun nak beli baju untuk eisya...
mummy tak bawa pun baju untuk eisya...
tapi kenapa mummy tercari2 barang tu semua?
padahal mummy tahu barang tu tak de dalam beg mummy...
mummy nak sangat keajaiban berlaku...
keajaiban yang menunjukkan semua ni hanyalah mimpi..
yang menunjukkan eisya masih ada lagi dalam perut mummy...
tapi semua ni takkan berlaku sayang...
memang dah suratan takdir eisya pergi dulu tinggalkan mummy...
sebelum mummy sempat belikan pakaian untuk sambut kelahiran eisya...
sebelum mummy sempat peluk eisya...
cium eisya...
susukan eisya...
mandikan eisya...
pakaikan eisya baju cantik2...
tengok senyuman manis dari bibir eisya...
tapi mummy redha dengan pemergian mu sayang...
mummy tahu eisya akan tunggu mummy di syurga nanti kan sayang...
mummy tak sabar nak jumpa eisya...
mummy rindu sangat kat eisya...
tenang lah eisya di sana...

Al-fatihah untuk bb eisya..


Gambar pertama eisya...




Eisya...
eisya ingat tak masa doktor ambil gambar ni?
semua dalam ingatan mummy sayang...
masa ni eisya baru je 26 minggu...
gambar ni di ambil seminggu sebelum eisya pergi tinggalkam mummy...
nasib baik mummy berkeras dengan daddy untuk scan 4D masa cuti sekolah bulan 6 haritu...
ada jugak kenangan eisya...
masa ni mummy memang tak sabar sangat nak tengok eisya...
tak sabar nak jumpa eisya...
ramai yang cakap 7 bulan baru blh scan 4D...
baru nampak betul2 muka bb...
doktor pun cakap macam tu...
tapi mummy tak kesah...
memang mummy teruja sangat nak tengok eisya...
teruja nak jumpa eisya...
eisya ingat tak,doktor ambik masa yang lama untuk ambil gambar eisya ni...
eisya sorok muka eisya dengan tangan...
dah la tali pusat eisya panjang...
muka eisya pun terlindung dengan tali pusat...
eisya macam tak nak jumpa mummy...
eisya asyik menggeliat je masa tengah scan tu...
mummy hepi sangat sebab dapat tengok eisya...
hampir menitis air mata mummy...
daddy pun senyum je memanjang...
seronok dapat tengok eisya dalam rahim mummy...
kadang2 tu mummy rasa macam tak percaya je eisya ada dalam rahim mummy...
puas doktor pujuk eisya suruh tunjukkan muka eisya yang comel tu...
tapi eisya taknak...
eisya makin sorok muka eisya...
eisya dongak kepala eisya ke atas...
terlindung plak dengan plasenta...
eisya nak tahu tak doktor cakap plasenta eisya tu dekat sangat dengan muka eisya...
sepatutnya ada ruang antara eisya dengan plasenta...
tapi doktor tak cakap pun tu membahayakan eisya...
mesti eisya tak selesa kan masa tu...
mummy tengok masa eisya dongak tu muka eisya macam bersentuhan dengan plasenta...
mummy risau jugak masa tu...
dalam kerisauan mummy sempat lagi pujuk eisya suruh tunduk biar nampak muka eisya...
puas mummy, daddy n doktor pujuk eisya...
tapi eisya taknak jugak tunjukkan muka eisya...
mummy frust sangat masa tu...
tapi doktor tak putus asa...
dia suruh mummy baring menmgiring ke kiri...
doktor scan sambil mummy mengiring..
tapi tak dapat jugak ambil gambar eisya...
doktor suruk pulak mummy mengiring ke kanan...
puas doktor scan untuk cari muka eisya yang comel tu...
tak jugak eisya bagi tengok muka eisya...
bila eisya tunduk eisya sorok muka eisya dengan tangan...
hampir sejam doktor scan perut mummy...
last2 doktor suruh mummy ngan daddy keluar dulu untuk rehat...
doktor panggil mummy2 lain dulu masuk...
eisya tahu tak mummy2 lain sekejap je masuk...
tak sampai 10 minit dorang keluar bawa gambar anak dia...
mummy tak putus asa pujuk eisya...
"sayang...sayangkan anak yang baik...anak yang baik akan dengar cakap mummy...
nanti bila doktor scan nanti sayang tunduk kepala sayang ye...
sayang jangan tutp muka dengan tangan...
bagila peluang kat mummy n daddy tengok sayang...
nanti bila sayang dah besar sayang boleh tengok rupa sayang masa dalam rahin mummy ni.."
mummy pujuk sambil gosok2 perut mummy...
"sayang anak yang baik kan?jadi nanti sayang tunjuk muka sayang ye..boleh kita wat kenangan gambar ni nanti"
tengah mummy duk pujuk eisya..
nurse panggil suruh mummy masuk..
mummy ngan daddy pun masuk...
akhirnya eisya tunjuk jugak muka eisya...
doktor cakap dapat jugak ambil gambar eisya walaupun dari sudut yang tak berapa cantik...
tapi mummy tak kesah asalkan mummy dapat ambil gambar eisya untuk buat kenangan...
patutlah payah sangat nak ambil gambar eisya...
rupa2nya eisya dah tahu eisya akan tinggalkan mummy n daddy...
eisya nak tahu tak...
sebenarnya gambar ni dah hilang... 
mummy geram sangat kat nurse yang cuai masa mummy ada appoinment kat hospital masa 11.8.2010...
tapi mummy perasan gambar ni dah hilang masa dah sampai rumah... 
mummy rasa macam nak terbang je g hospital tu ambil gambar ni dan tumbuk nurse yang hilangkan kenangan mummy yang satu ni...
bukan gambar ni je yang hilang... 
semua gambar scan eisya dia hilangkan.. 
laporan doktor hospital sibu pun dia hilangkan jugak...
memang nurse tu tak bertanggungjawab...
tapi nasib baik mummy sempat snap gambar ni guna telefon mummy...
tu pun sebab daddy tak bagi mummy tengok sangat gambar eisya...
sebab setiap kali mummy tengok mummy akan nangis...
memang la mummy nangis sebab mummy rindu sangat kat eisya...
daddy cakap daddy nak sorok gambar ni dari mummy...
sebab tu mummy snap gambar ni secara senyap2...
tapi daddy tahu jugak sebab bila mummy nangis mummy pegang telefon mummy...
daddy buat macam ni bukan daddy tak sayang eisya...
mummy tahu daddy pun sayang eisya macam mummy sayang eisya...
tapi daddy taknak mummy terlampau sedih bila tengok gambar ni...
mummy tahu daddy takut mummy meroyan...
tapi eisya,mummy masih ingat Allah...
Dia yang menentukan segalanya sayang...
mummy hanya merancang...
setiap kali mummy ingat dan rindu sangat kat eisya mummy selalu berzikir...
sebab mummy tak boleh nak baca yassin untuk eisya masa tu...
mesti eisya faham kan kenapa...
mummy memang tak sabar sangat nak hadiahkan yassin untuk eisya...
akhirnya mummy dapat jugak hadiahkan yassin untuk eisya...
masa tu bulan ramadan...
tenang rasa hati...
eisya akan sentiasa bersemadi di hati mummy...
selamanya...
mummy tak sabar nak tunggu pengganti eisya...
bukan sebab mummy tak sayangkan eisya...
bukan sebab mummy nak lupakan eisya...
tapi sebab mummy rindu sangat kat eisya...
bila mummy dah ada pengganti eisya...
terubat jugak lah rindu mummy pada eisya...
eisya doakan mummy cepat2 dapatkan adik untuk eisya ye...
biar adik eisya nanti secomel eisya...
mummy tak sabar sangat sayang...
sebagai pengubat duka mummy ni...
mummy sayang eisya...
mummy rindukan mu sayang...


Alfatihah untuk bb eisya...





 

Tuesday, September 7, 2010

☼Bidadari Syurga ☼3

24.06.2010

Aku terkejut bila bunyi alarm telefon...pukul 5.30 pagi..aku pandang sekeliling...aku tengok suamiku kat sebelah..oohh...aku kat kampung rupanya..mcm mimpi plak...tiba2 suami aku kat sebelah..tapi kenapa plak aku kat cni?aku fikir balik apa yang dah berlaku pada aku...Ya Allah..anak aku!bb,sayang bangun...bangun sayang...jangan tinggalkan mummy sayang...aku usap perut sambil menangis..kenapa aku yang kene hadapi semua ni..sayang..jangan tinggalkan mummy...mummy tak sanggup sayang...aku kejutkan hubby,"abang,abang...".."kenape sayang..kenapa nangis ni.."hubby peluk aku erat.."abang...sayang nak anak sayang...sayang nak bb abang...sayang tak nak g hospital..sayang taknak keluarkan bb ni..sayang sayang bb ni..sayang tak nak dia tinggalkan kita..".."sayang,jangan macam ni sayang...sayang kena tabah..sayang kena kuat..tak baik sayang macam ni..sayang kena terima takdir tuhan..Dia nak uji kita..kita yang terpilih sayang..mesti ada hikmah di sebalik kejadian ni..mane tau lepas ni kita dapat kembar 3".."tapi sayang tak sanggup nak berpisah dengan anak kita".."sabarlah sayang..kat dunia ni memang kita bersedih,sengsara..tp dia tunggu kita kat syurga nanti..dia akan tarik kita masuk ke syurga nanti sayang..sekarang sayang kena bersabar..terima dugaan ni dengan redha..istighfar byk2 sayang".."abang nangis tak masa doktor ckp yang anak kita dah takde?"..abang hanya tersenyum.."mana blh bgtau sayang.."..aku pun tersenyum..mesti abang pun menangis jugak kn tapi abang tak nak ngaku depan sayang.."abang faham tak doktor ckp masa dia telefon abang tu".."hehehe...abang tak berapa faham sangat..nak cakap jalan dari KL ke johor tapi berbelit2 sampai ke sabah...tapi abang faham la maksud dia bb dah tak der.."...sayang dah agak,mesti abang tak berapa faham sangat doktor cakap tu..panjang kebar doktor cerita..hehehe..sayang pun tak faham kalau tak tengok mulut dia kalau dia cakap..dia sengal..masa mula2 dengar dia cakap sayang nak tergelak,tapi sayang tahan,sayang kan tengah mengandung,takut nanti anak kita pun mcm tu.."aku terdiam..."abang,anak kita dah tak de..anak kita dah tinggalkan kita..sayang sayang anak kita bang.."menangis lagi..baru je sekejap tadi duk tergelak bila ingatkan doktor sengal tu.."sayang ni..tadi baru tergelak,sekarang dah nangis balik..lucu betul spongebox abang ni..hehehe"..aku tersenyum..hubby selalu cakap aku ni spongebox dia kalau aku merajuk atau menangis..dengan sendirinya aku akn berhenti merajuk atau menangis..aku rase lucu bila dia ckp aku mcm spongebox bila aku merajuk..hahahaha.."senyum mcm ni la..dah bangun g mandi pastu solat.."..."tapi sayang tak nak g hospital bang..".."sayang jangan mcm ni..boleh tak sayang buat semua ni untuk abang...sayang sayang abang kan?"aku mengangguk dan terus berlalu ke bilik air...di bilik air aku menangis sepuas2nya..aku sedih bila kau tengok perut aku ni..anak aku dah tak bernyawa di dalam perut ni..aku sedih..sekejap lagi aku akan ke hospital untuk  pisah kn antara ibu dan anak...aku sedih..aku taknak berpisah dengan anak yang aku kandung selama 6 bulan..tinggal 3 bulan je lagi untuk aku lahirkan anak aku ni..kenapa dia pergi dulu tinggalkan aku.."sayang...buat ape lama sangat dalam toilet tu..cepat sikit.."hubby ketuk pintu toilet.."kejap bang.."aku cepat2 mandi n berwuduk..aku buka pintu..hubby ada depan pintu toilet.."kenapa sayang?".."tak de pape lah abang,sayang mandi je"..."dah g solat..pastu siap".."ye abang"..siap solat aku terus bersiap...tunggu hubby siap mandi dan solat..betul ke tindakan aku ni..aku tak nak anak aku tinggalkan aku..tak boleh ke biarkan dia duduk dalam rahim aku lama2..sampai aku puas..sampai 18.9.2010..tarikh yang sepatutnya dia lahir..aku menangis lagi..kenapa air mata ni mudah sangat nak mengalir.."sayang,sabarlah sayang..sayang macam tak redha je dengan dugaan ni...mesti anak kita sedih tengok sayang macam ni.."..aku tak sedar suamiku dah siap..aku peluk suami aku..erat.."abang,sayang tak sanggup nak berpisah dengan anak sayang..sayang nak anak sayang..sayang nak bb abang..nape cepat sangat dia tinggalkan sayang abang..".."sabar sayang...jangan sedih macam ni..sayang fikir kan abang jugak ..perasaan abang bila sayang macam ni...abang lagi sedih tengok sayang macam ni..sayang tak sayang kan abang ke?"..."sayang sayang abang..tapi sayang pun sayangkan anak sayang..sayang nak bb abang..sayang tak nak dia tinggalkan kita..".."sayang ingat tak pesan abang,abang suruh sayang buat ape bila sayang sedih?".."ingat.."..aku mengucap dan istighfar..hati aku lega sikit.."jom lah sayang,semua dah  siap tu..jom g dapur,sarapan..aku ikut suami ku ke dapur..kawan2 hubby semua dah bersiap..mereka sarapan..tp aku tak de selera..puas hubby pujuk,tapi aku hanya minum teh buatan mak mertuaku...lepas siap sarapan kami pun bertolak ke hospital dengan van polis...aku sempat telefon mak aku untuk bgtahu kami dah bertolak..kami akan berjumpa di hospital..hati aku bedegup kencang..berdebar sangat...rasa macam masa untuk aku berpisah dengan anak tersayang makin dekat...aku pandang hubby,dia tersenyum...Ya Allah,kuatkan hati hambamu yang hina ini...aku tak kuat untuk hadapi semua ini..berilah kekuatan pada hambamu ini Ya Allah supaya aku dapat hadapi semua ini dengan tenang...


Kami pun tiba di hospital pukul 9 lebih...kami ke bahagian kecemasan..tapi dia suruh kami terus ke pusat bersalin berisiko rendah..kami terus ke sana..aku bagi buku pink dan surat refer dari hospital sibu kpd nurse dikaunter...mak,ayah,kak za n abang min aku dah pun sampai..aku peluk mak dan ayah aku...aku jadi pilu tengok mak ayah aku..tapi aku tahan air mata ini dari mengalir..aku ingat pesan suamiku..aku kena kuat bila berhadapan dengan orang tua kami...dia taknak orang tua kami turut bersedih bila aku bersedih..namaku dipanggil nurse,aku ke kaunter..."puan dari hospital sibu?kenapa refer ke sini?"tanya nurse..banyak tanya la pulak nurse ni.."ye,saya dari hospital sibu..saya yang mintak untuk di refer ke sini..saya nak bsalin kat sini..kat sana saya tak de sapa2..suami dan family saya semua kat sini..sbb tu saya balik sini.."panjang lebar aku jawab.."ooo...ok,puan g tukar kain batik..nanti doktor nak periksa"aku mengangguk sambil berlalu ke tempat menunggu..aku ambil kain batik dari suamiku..aku g toilet untuk tukar kain batik..untuk ke toilet aku melalui wad ibu lepas bsalin..sungguh sangat sedih bila aku terpandang ibu2 sedang memangku anaknya..ada yang sedang cium anaknya...air mata ini hampir menitis lagi..aku cuba untuk menahan..Ya Allah,sampai bila harus aku ada perasaan sedih macam ni..aku dah tak mampu untuk menanggung kesedihan ini Ya Allah..aku tak mampu untuk menanggung semua ini...aku tak sanggup untuk melihat bayi kecil..aku tak sanggup untuk melihat ibu2 mengandung..kuatkan lah hati hambamu ini Ya Allah..tiupkanlah kekuatan ke dalam jiwa ku Ya Allah..aku insan lemah Ya Allah...agak lama aku di toilet..aku kena kuatkan diri untuk melalui katil bayi yang comel tu..aku berlalu tanpa melihat bayi2 yang sedang di pangku oleh ibunya..aku tak sanggup..mereka tak akan faham perasaan aku ini..aku terus duduk di bangku yang disediakan..agak ramai jugak ibu mengandung yang sedang menunggu di bangku di tepi kaunter nurse...aku jadi sayu dan pilu melihat mereka yang sedang sarat..sesekali mereka menggosok perut..aku fikir mungkin bb diorang sedang menendang..indahnya kalau aku dapat lalui situasi itu.."dik,dah berapa bulan?nak bersalin dah ke?"tanya kakak yang duduk di sebelah aku..aku terpana dan terkejut dengan pertanyaan kakak tu..memang aku disini untuk lahirkan bb..tapi bukan macam kakak yang gembira dan tak sabar untuk lahirkan bb kakak..aku tengah sedih kak..sedih untuk lahirkan bb ni..aku tak sanggup untuk lahirkan bb aku..pilunya hati dengan pertanyaan kakak ni..aku senyum pada kakak.."baru 27 mggu kak..tapi,bb saya dah meninggal..meninggal dalam perut.."aku senyum lagi pada kakak tu untuk menutup kesedihan di hati..kakak tu terkejut "sabar ye dik..Allah lebih sayangkan dia..adik muda lagi..ada lagi peluang lepas ni..sabar ye dik"..kata kakak tu sambil gosok bahu aku..aku angguk sambil senyum pada aku..."akak dah nak bersalin ke?".."belum lagi,baru 38 minggu..akak ada darah tinggi,jadi kena induce..aritu doktor suruh g hospital bila msk 38 mggu".."oooo...saya doakan akak selamat bersalin nanti.."..akak pun doakan adik selamat bersalin.."..tiba2 doktor memanggil nama aku..aku masuk ke bilik rawatan..mcm2 doktor tanya..penat pulak nak ulang benda yang sama..tapi terpaksa lah..doktor suruh aku baring atas katil..dia scan perut aku..aku jadi sedih bila aku tengok anak aku kat monitor scan..anak mummy dak menurun ke bawah...bangun la sayang..jangan buat mummy sedih sayang...aku pandang ke arah lain bila air mata ini hampir tumpah..tak sanggup aku nak tengok lama2 anak aku...dia dah tak bergerak lagi..doktor pandang aku.."saya akan ikut planning doktor sibu yang dia tulis dalam surat tu..awak akan dimasukkan ke wad untuk di induce..sebelum tu saya akan cek jalan dulu.."..hah?cek jalan?tak nak..sakit..huhuhu..doktor arahkan nurse untuk sediakan peralatan..lemah kaki aku..lepas siap cek jalan doktor ckp tak de bukaan lagi..aku akan dimasukkan ke wad dan pagi2 esok doktor akan masukkan ubat..aku turun dan duduk di bangku yang disediakan..nurse panggil nama aku untuk ambil tekanan darah..tekanan darah aku tinggi balik..ni mungkin sbb aku sangat tertekan dengan musibah ni..doktor masih menulis laporan di dalam fail aku..nurse suruh aku menunggu lagi..aku keluar ke tempat keluargaku..aku duduk di sebelah suamiku.."sayang,macamana?bila nak bersalin?"tanya hubby..semua ahli keluargaku memandangku..menunggu jawapan dariku.."tak tau..doktor ckp kena masuk wad dulu..pagi esok doktor nak masukkan ubat untuk bagi sakit untuk bersalin.."..masa kami sedang bersembang2 tiba2 pintu labour room terbuka..nurse sedang menolak seorang ibu yang sedang memangku bayi menggunakan wheel chair..aku menggenggam erat tangan suamiku..untuk mencari kekuatan..kadang2 terbit rasa cemburu dalam hatiku bila melihat ibu2 lain dapat melahirkan anak2 yang comel dan sihat..dan yang pastinya hidup!tak macam aku..abang tolong sayang abang..berikan sedikit kekuatan abang pada sayang...sayang tak sanggup abang nak lalui semua ni...sayang tak sanggup abang...


*bersambung di entry akan datang..