CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 5, 2010

Jangan Bersedih....


Hati..
Janganlah kau bersedih...
kerana qada' telah ditetapkan...
sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi...
pena-pena telah mengering...
lembaran-lembaran catatan ketentuan telah dilipat...
setiap perkara telah ditetapkan!
betapapun kesedihan mu tidak dapat mendahulukan atau menta'khirkan kenyataan yang terjadi...
dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan...

Hati..
Janganlah kau bersedih...
kerana kesedihan itu akan mendorongmu untuk menghentikan putaran roda zaman...
menyelubungi matahari agar tidak terbit...
memutarkan jarum jam kembali ke masa lalu...
berjalan ke belakang..
dan mengembalikan aliran sungai ke sumbernya kembali...

Hati...
Janganlah kau bersedih...
kerana kesedihan itu laksana badai yang merosakkan cuaca..
membuat air bah dimana-mana...
mengubah cuaca langit...
dan merosakkan bunga-bunga yang sedang mekar di taman..

Hati...
Jangan lah kau bersedih...
kerana orang yang bersedih itu bagai sungai...
muaranya di laut dan mengalir ke laut kembali...
ia juga ibarat seorang wanita yang mengurai pintalan tenun yang kuat pintalannya...
ibarat seorang yang meniup bejana dari kulit yang berlubang...
dan ibarat seseorang menulis diatas air dengan tangannya...
Hati...
Janganlah kau bersedih...
kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang manis terasa pahit...
sekuntum mawar yang indah kelihatan layu...
kebun yang menghijau kelihatan seperti gurun pasir yang gersang...
dan kehidupan dunia terasa bagai dipenjara...

Hati...
Janganlah bersedih...
perhatikan bagaimana awan hitam itu tersingkap terang...
malam yang kelam menjadi terang benderang...
dan angin kencang menjadi tenang...




No comments:

Post a Comment